You are using .............. to connect with us!!!

robtex
Kemaskini I-Nilam sekolah anda....Pertukaran kelas bagi tahun yang baru...Kemasukan data bacaan...Laporan bacaan dan sebagainya...terima kasih..

Saturday, February 7, 2015

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM




Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa beberapa sekolah di Daerah Segamat telah menerima pengagihan Netbook 1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM. Oleh itu pihak sekolah diminta bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2/2013).

Pihak sekolah juga dipohon untuk menyediakan 2 Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) secara lengkap dan bertandatangan. Sila hantar dengan kadar segera ke PKG masing-masing.

Pihak sekolah juga dipohon untuk merujuk kepada Garis Panduan Pengagihan Netbook 1Malaysia Bagi Sekolah-Sekolah KPM yang boleh dimuat turun di URL dibawah. Sebarang kemusykilan sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan yang berhampiran.

Monday, February 2, 2015

PENGISIAN MAKLUMAT PERIBADI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) BAGI TAHUN 2015

Untuk Perhatian : Pengetua dan Guru Besar
                               Zon PKG Segamat Baru

Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor, kini dalam proses pelaksanaan pengumpulan data GPM seluruh negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan / puan diminta untuk memastikan GPM mengemaskini dan melengkapkan maklumat peribadi secara atas talian di laman web http://goo.gl/forms/M86tb2vlJK sebelum atau pada 4 Februari 2015.

Sebarang kesulitan dan pertanyaan boleh berhubung dengan En. Norazman Bin Jauhari, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segamat Baru di talian 07-9317345 (Pejabat) / 019-7588452 (Tel. Bimbit).