You are using .............. to connect with us!!!

robtex
Kemaskini I-Nilam sekolah anda....Pertukaran kelas bagi tahun yang baru...Kemasukan data bacaan...Laporan bacaan dan sebagainya...terima kasih..

Monday, November 3, 2014

PELAKSANAAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Kepada sekolah yang telah melaporkan kerosakkan peralatan ICT di dalam STS. Sila ambil perhatian,  diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera, tepat dan betul agar melancarkan proses menyelengara peralatan tersebut. Adalah diingatkan bahawa, sekiranya maklumat yang perlu tidak dilengkapkan akan menyebabkan proses penyelengaraan akan tergendala.


Bersama ini disertakan dokumen yang berkaitan untuk panduan dan tindakan selanjutnya:


Tatacara Perlaksanaan penyelengaraan peralatan ICT 2014.
setelah selesai mengisi dalam Log Aduan STS.

1. Pihak sekolah Perlu menyediakan dokumen KewPA-2 atau Kew 312, KewPA-9     dengan lengkap dan betul. (* Dokumen yang tidak lengkap akan menyukarkan     proses menyelenggara......)

2. Pihak PKG akan membuat Verifikasi terhadap kerosakan.

3. Pihak Vendor akan membuat pembaikan dan pengujian.

4. Pihak sekolah menyediakan dokumen Kew-PA-14. ( laporan penyelengaraan )

Wednesday, October 22, 2014

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) DAN KEMPEN READ: "ONE NATION READING TOGETHER"


Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: "One Nation Reading Together" merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Justeru itu mohon kerjasama Guru Perpustakaan Media ( GPM ) melaksanakannya untuk sekolah masing-masing. Berikut  disertakan bahan untuk melaksanakan program tersebut :

1.   Surat KM1M dan READ 2014
2.   Contoh aktiviti
3.   Borang Laporan Aktiviti


Laporan yang telah lengkap hendaklah di hantar ke:

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru,
81300 Johor Bahru, Johor.
(u/p: Unit Pengurusan Sumber Pendidikan)

dan salinan ke PKG Segamat Baru (email: pkg_segamat_baru@moe.gov.my)





Wednesday, September 24, 2014

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL KEDATANGAN MURID SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Tarikh   :   24 September 2014
Tempat   :   Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru
Kehadiran   :   Guru Pentadbir Sistem Pengurusan Sekolah






Tahniah dan syabas kepada peserta bengkel yang hadir kerana memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi menjaya dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Tuesday, August 5, 2014

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2014



Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 akan bermula pada 10 Ogos 2014 hingga Sabtu 30 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://btpnjoh.moe.edu.my/ssqsv3

Berikut adalah Jadual Giliran Pelaksanaan Pengisian SSQS Ver 3/2014:


BILZONDAERAHTARIK PELAKSANAAN
1ABATU PAHAT
PONTIAN
PASIR GUDANG
SEGAMAT
KLUANG
10 - 16 OGOS, 2014
2BMUAR
KULAI
MERSING
JOHOR BAHRU
KOTA TINGGI
17 - 23 OGOS, 2014
3VERIFIKASI BTPN JOHOR25 - 28 OGOS, 2014
4PELAPORAN SSQS NEGERI JOHO KE BTP30 OGOS, 2014

Wednesday, May 28, 2014

PENGISIAN MAKLUMAT MAKMAL / BILIK KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH KPM

MAKLUMAN / TINDAKAN:  
Sekolah-sekolah Zon PKG Segamat Baru

Mohon kerjasama daripada Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) / Juruteknik Komputer Sekolah untuk melaksanakan pengemaskinian dan pengisian maklumat berkaitan makmal / bilik komputer sekolah.

Pengisian data Makmal Komputer Sekolah ini adalah untuk mengumpulkan data makmal komputer sekolah bagi tujuan perlaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama guru-guru yang berkenaan agar dapat  melengkapkan data tersebut selewat-lewatnya 5 Jun 2014.

Tatacara pengisian data:
1.   Muat turun borang e-data (excel) : Borang e-DATA 
      Sekiranya muat turun tidak berjaya, Klik File, kemudian klik download.
2.   Lengkapkan borang e-data.
3.   Emailkan borang (excel) ke email : pkg_segamat_baru@moe.gov.my

Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi En. Norazman Bin Jauhari, PKG Segamat Baru (Tel:07-9317345).






Sunday, April 13, 2014

KUTIPAN DATA BERKAITAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

Pusat Kegiatan Guru telah diarahkan untuk mengumpulkan Data Penggunaan Peruntukan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan dengan itu, semua sekolah ahli Zon PKG Segamat Baru dikehendaki melengkapkan Borang Data PCG PSS 2013 dan mengembalikan semula ke PKG Segamat Baru pada sebelum  20 April 2014.  Borang tersebut boleh dihantar secara softcopy melalui emel pkg_segamat_baru@moe.gov.my atau secara hardcopy.
Tuan / Puan juga dikehendaki mengisikan data/maklumat PCG tersebut secara atas talian (online) di URL berikut :
:: Borang boleh dimuat turun (download) di bawah.
1.   Borang Data PCG PSS 2013 - Perlu diemail semula ke pkg_segamat_baru@moe.gov.my
2.   Surat Mohon Kebenaran Pantau PCG

Wednesday, January 22, 2014

PENCAPAIAN SSQS, IQ-PSS DAN ANALISIS BACAAN NILAM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT BAGI TAHUN 2013


Berikut adalah url pencapaian SSQS, IQ-PSS dan Analisis Bacaan NILAM  bagi sekolah-sekolah di daerah Segamat. Guru-guru Perpustakaan dan Media boleh memuat turut dan membuat analisa keputusan berkenaan dan boleh dijadikan panduan dan persediaan bagi program PSS sepanjang tahun 2014.

Muat turun keputusan :    

1.   SSQS Daerah Segamat        

Sunday, January 12, 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Segamat 2014










Kepada Warga Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah-sekolah Daerah Segamat.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan pertandingan NILAM  peringkat negeri yang dijangka akan berlangsung pada penghujung bulan Februari 2014. Oleh yang demikian, pemilihan di peringkat daerah akan diadakan untuk tujuan tersebut. Peserta yang berjaya akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Justeru itu ,  semua sekolah di Daerah Segamat yang berkelayakkan dipersilakan untuk menyertai pertandingan ini. Borang pencalonan berserta syarat penyertaan  boleh di muat-turun  pada alamat berikut : http://NILAM/borang calon2014

Borang pertandingan yang telah lengkap di isi ,hendaklah di hantar ke PKG Segamat Baru sebelum atau pada 22 Januari 2014. Untuk keterangan lanjut boleh sila hubungi En. S. Kanagalingam a/l  P. Seeny – PPPD Bahasa dan Bahasa Inggeris di talian 07-9333052 atau 012-7191442, atau PTP PKG daerah Segamat.

PTP

Blog Perkongsian Informasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor






Blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat, masalah dan pengalaman dalam proses mengendalikan aplikasi atas talian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Para pengunjung dialu-alukan untuk mengambil bahan-bahan yang ada di dalam blog ini jika ianya boleh membantu tugas kita sebagai pengendali dan pengguna SPS.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua warga pendidikan seluruh Negeri Johor khasnya dan seluruh negara amnya.